Posts

Showing posts from November 6, 2011

Structural Equation Modelling (SEM)

Structural Equation Modelling (SEM) merupakan salah satu analisis multivariate yang boleh menganalisis hubungan variabel secara kompleks.   Analisis ini pada umumnya digunakan untuk kajian-kajian yang menggunakan banyak variabel. Teknik analisis data menggunakan Structural Equation Modelling (SEM), dilakukan untuk menjelaskan secara menyeluruh hubungan antara variabel yang ada dalam kajian.   SEM digunakan bukan untuk merancang suatu teori, tetapi lebih bertujuan untuk menyemak dan membenarkan suatu model.   Oleh kerana itu, syarat utama menggunakan SEM adalah membina suatu model hipotesis yang terdiri daripada model struktur dan model pengukuran dalam bentuk diagram jalur yang berdasarkan justifikasi teori.   SEM adalah merupakan sekumpulan teknik-teknik statistik yang membolehkan ujian sebuah rangkaian hubungan secara serentak.   Hubungan itu dibina antara satu atau lebih pembolehubah bebas. Dikemukakan oleh Ferdinand (2002), bahawa Model Persamaan Struktural merupakan jawapan yang